Friday 28 October 2011

HARI PERTAMA SAYA DI PTSS


Selepas menghabiskan pelajaran di tingkatan lima dan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mendapat tawaran menyambung pelajran ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dalam kursus Diploma Sains Kesetiausahaan. Saya mendapat tawaran ke PTSS dengan panggilan atau kemasukan ke-2 dalam bulan Disember. Sementara menunggu untuk ke PTSS, saya mendapat tawaran pra-diploma di Universiti Teknologi Mara (UITM) dalam kursus pra-diploma sains. Tetapi disebabkan gred saya tidak memuaskan dan tidak memenuhi syarat untuk menyambung diploma disitu.

Walaupun rezeki saya bukan di UITM, tetapi saya bersyukur masih ada tempat untuk saya melanjutkan pelajaran iaitu di PTSS. PTSS terletak di Perlis, tidak jauh dari tempat tinggal saya. Walaupun datang ke PTSS bukan atas kehendak saya dan tanpa dipaksa oleh sesiapa, tetapi hati saya tetap rela untuk mencari ilmu demi masa depan saya.

Hari pertama saya menjejakkan kaki di PTSS, saya teruja dengan persekitaran dan keluasan politeknik. Saya menjadi bangga seketika dengan tempat yang saya ingin mengambil ilmu dengan kecantikan dan keindahan politeknik yang mempunyai tasik buatan di tengah-tengah kawasan politeknik.

Ketika hendak mendaftar, waris para pelajar diminta meletakkan kenderaan di padang untuk mengelakkan kesesakkan di kawasan asrama. Disebabkan kawsan PTSS besar dan luas, maka terpaksalah berjalan jauh untuk mendaftar sebagai warga PTSS yang baru. Terdapat ramai pelajar baru yang ingin mendaftar pada hari tersebut. Terdapat juga gerai-gerai yang berniaga makanan untuk para waris dan pelajar.
Selepas mendaftar, saya mendapat kunci bilik. Agak sukar untuk mencari bilik kerana terdapat banyak selok belok di blok. Saya mendapat di blok B2. Ketika saya sampai di bilik yang ditempatkan, terdapat dua orang pelajar di dalam bilik itu. Bilik yang saya dapat boleh memuatkan 4 orang. Selepas beramah mesra dengan rakan sebilik dan mengemas barang yang sepatutnya, saya dan keluarga turun ke kafe kerana selepas itu ada sesi taklimat untuk para pelajar baru.

Sebelum saya berasa diri saya ini akan ditinggalkan, saya menyuruh keluarga saya menunggu sehingga sesi taklimat itu bermula. Selepas pihak PTSS membuat pengumuman untuk peljar baru, barulah keluarga saya pulang. Ketika itu, saya berasa diri saya keseorangan kerana tidak mendapat kawan yang boleh pergi bersama mendengar taklimat itu. Selepas diberi taklimat mengenai minggu suai kenal atau orentasi untuk pelajar baru seperti saya, mereka memberi masa sehingga petang untuk merehatkan diri kerana malam itu akan bermulalah sesi minggu suai kenal dengan pelajar-pelajar yang baru mendaftar pada hari tersebut.

Akhir sekali, saya berharap saya boleh menyesuaikan diri dengan keadaan di PTSS ini dan berdoa agar boleh membawa pulang segulung diploma apabila menamatkan pelajaran di PTSS.

No comments:

Post a Comment